Tuesday, April 22, 2008

Kursus Yang Ditawarkan

Pengajian Kejuruteraan Awam
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Perdagangan
Pengurusan Perniagaan
Amalan Bengkel Mesin
Automotif
Binaan Bangunan
Elektrik
Elektronik
Kimpalan dan Fabrikasi Logam
Penyejukan dan Penyaman Udara
Sijil Kemahiran Malaysia

Objektif Sekolah

Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk pelajar menjiwai dan menggunakan nilai positif bagi membentuk sahsiah yang unggul dan berhemah tinggi.
Melahirkan pelajar yang berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan ilmu sebagai matlamat dan budaya hidup.
Menyediakan suasana dan prasarana yang kondusif untuk membolehkan pelajar menimba ilmu secara sempurna, teratur dan terkini.
Melaksanakan satu sistem pengurusan yang cekap dan berkesan untuk kecemerlangan seluruh warga sekolah.
Menyediakan peluang, galakan dan bimbangan kepada pelajar untuk memperolehi pelbagai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran melalui aktiviti-aktiviti di sekolah.

Lagu Sekolah

Kemahiran kunci kemajuan,
Itu jadi pegangan kami,
Sekolah Menengah Teknik Klang,
Tetapkan maju.

Berusaha pastikan berjaya,
Itu akan kami amalkan
Pengajaran guru menjadi panduan
untuk masa depan

Terus berusaha,
Berdisiplin,
Berbaktilah setiap masa,
Kuatkan iman kepada Tuhan,
Untuk mendapat keredhaan Nya.

Ikrar Sekolah Menengah Teknik Klang

Kami .......
Putera, Puteri Sekolah Menengah Teknik Klang
Berikrar akan patuh pada undang-undang
sekolah dan negara
Menghadapi pelajaran dengan tekun
Berkerjasama diantara satu sama lain
Memupuk semangat persaudaraan serta ingin maju
Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah
Menghormati kesetian negara dan budaya bangsa

Di samping
Menghormati pada yang tua
Berusaha menjaga nama baik sekolah

Memperolehi kemahiran dan pengalaman yang sempurna
Untuk bangsa dan negara
Kami .......
Putera puteri Sekolah Menengah Teknik Klang
Berikrar tidak akan terlibat atau melibatkan diri dengan
najis dadah dan budaya lepak

Visi, Misi dan Moto Sekolah

Visi
Sekolah Menengah Teknik Klang menjadi sebuah sekolah cemerlang dan sekolah pilihan.

Misi
Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan ko-kurikulum melalui sistem pengurusan sekolah yang cemerlang dan persekitaran yang harmonis.

Moto
KEMAHIRAN KUNCI KEJAYAAN

Sejarah Sekolah

1978
Sekolah Menengah Vokasional di buka dan merupakan SM Vokasional pertama di Negeri Selangor. Enrolment pertamanya terdiri 303 pelajar dengan 40 orang guru aliran Vokasional. Pengetua pertama adalah Tn. Hj Bakri b. Abd Ghaafar.

1979
Peperiksaan SPVM dijalankan buat kali yang pertama.

1984
Pengetua Sekolah Tn. Hj Bakri b. Abd Ghaafar diganti dengan Tn. Hj Fuad b. Abdullah Shakur.

1987
Projek penambahan bangunan baru bagi kursus lanjutan.
Kursus lanjutan tersebut ialah:
  • Peralatan dan kawalan (IC)
  • Penyenggaraan Kilang
  • Kimpalan arka dan gas
  • Penyejukan dan penyaman udara

Aliran baru diperkenalkan:

  • Aliran Kemahiran (7 jenis kursus)
  • Kursus Lanjutan (2 jenis kursus)

1988
Beberapa peperiksaan dijalankan buat kali pertama :

  • Aliran Vokasional - SPM (V)
  • Aliran Kemahiran - SKM
  • Kursus Lanjutan - Profil Kemahiran dan SKM

1992
Projek pembangunan dibayai oleh Bank Pembangunan Asia (ADB)

Projek yang ditambah ialah :

  • Peralatan dan kawalan (IC)
  • Penyenggaraan Kilang
  • Kimpalan arka dan gas
  • Penyejukan dan penyaman udara

Projek Pengubahsuai

  • Bengkel KFL
  • Bengkel Amalan Bengkel Mesin (ABM)
  • Bengkel Penyejukan dan penyaman udara (PPU)
  • Bengkel Elektronik (EN)